corner
Healthy Skepticism
Join us to help reduce harm from misleading health information.
Increase font size   Decrease font size   Print-friendly view   Print
Register Log in

Healthy Skepticism Library item: 13001

Warning: This library includes all items relevant to health product marketing that we are aware of regardless of quality. Often we do not agree with all or part of the contents.

 

Publication type: news

Othman N.
Promosi ubat-ubatan: Adakah keuntungan mengaburi kualiti informasi? [Pharmaceutical promotion: Does the drive for profits reduce the quality of information?]
Dewan Kosmik 2008 Mar25-26


Notes:

Article in Bahasa Melayu


Full text:

Diawal tahun 2007, terdapat beberapa artikel dan surat kepada editor didalam suratkhabar utama dinegara kita telah membincangkan tentang isu-isu didalam promosi ubat-ubatan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal kepada professional kesihatan. Fenomena ini menunjukkan isu-isu yang terdapat dalam promosi ubat-ubatan telah mula menarik perhatian masyarakat di negara kita. Pengguna juga telah mula mempersoalkan dan ingin tahu mengenai hubungan antara syarikat farmaseutikal dan professional kesihatan seperti doktor perubatan dan ahli farmasi.

Isu-isu sebegini sememangnya menjadi perdebatan dan perbincangan para saintis, professional kesihatan dan masyarakat diseluruh dunia. Di Amerika Syarikat, sebuah badan bukan kerajaan (The Prescription Project) telah mengadakan sidang akhbar menyeru semua professional kesihatan, persatuan-persatuan perubatan dan masyarakat supaya menamatkan konflik kepentingan dalam hubungan ini yang tercetus dari perbelanjaan yang berbillion dollar dalam mempromosikan ubat-ubatan. “The Prescription Project” cenderung untuk menghapuskan konflik didalam hubungan tersebut dengan mengalakkan perubahan didalam polisi-polisi bagi mengatasi masalah yang timbul dari hubungan ini.

Secara umumya promosi produk farmaseutikal adalah berbeza dari promosi produk-produk yang lain. Sebagai contohnya promosi bagi kenderaan adalah ditujukan terus kepada pemandu yang merupakan pelanggan yang akan membuat keputusan dalam pemilihan produk yang ditawarkan. Namun begitu promosi farmaseutikal tidak ditujukan kepada pengguna terakhir iaitu pesakit yang akan menggunakan produk tersebut. Promosi yang dirancang oleh syarikat-syarikat farmaseutikal lebih kepada mempengaruhi pengamal perubatan yang mempunyai autoriti dalam menentukan ubat- ubatan yang tebaik bagi para pesakit.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefiniskan promosi produk-produk dari syarikat-syarikat farmaseutikal sebagai komunikasi memujuk yang melibatkan penyampaian maklumat ubat-ubatan kepada pengamal perubatan. Pelbagai teknik digunakan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal didalam menyampaikan mesej-mesej mereka kepada pengamal perubatan. Antara contoh teknik-teknik yang digunakan bagi penyampaian mesej tersebut adalah: iklan di jurnal-jurnal perubatan, penyampaian maklumat oleh eksekutif pemasaran, menaja pengamal perubatan ke persidangan, menaja pakar-pakar perubatan untuk memberi ceramah mengenai isu-isu yang berkait dengan ubat-ubatan yang dipromosi dan penggunaan sampel-sampel ubatan. Semua teknik yang digunakan ini boleh menggalakan pengamal perubatan untuk membuat kesimpulan yang tepat dengan cepat. Namun begitu teknik pemasaran yang digunakan kebiasaannya boleh mendedahkan pengamal perubatan yang sentiasa sibuk kepada manipulasi pemasaran dari syarikat-syarakat farmaseutikal. Bahkan ada kajian menunjukkan pengamal perubatan yang menganggap meraka memperolehi maklumat ubat-ubatan dari sumber sainstiifk boleh dipengaruhi oleh syarikat farmaseutikal tanpa mereka sedari.

Banyak kajian menunjukkan yang promosi farmaseutikal menjadi salah satu sumber utama bagi pengamal perubatan dalam mendapatkan maklumat mengenai ubat-ubatan terutamanya bagi produk yang baru dipasarkan. Maklumat mengenai ubat-ubatan adalah amat penting bagi pengamal perubatan kerana ia akan membantu mereka didalam menentukan penggunaan ubat-ubatan yang optimal dan terbaik bagi setiap pesakit. Maklumat ubat-ubatan yang diberikan mesti berkualiti tinggi dan tidak berat sebelah (bias) kerana ia mempunyai implikasi yang amat besar kepada kesihatan masyarakat.

Kualiti informasi yang disampaikan melalui promosi farmaseutikal kerap dipersoalkan oleh para pengkaji. Banyak kajian yang telah dijalankan diseluruh dunia menunjukkan informasi yang disampaikan selalunya berkualiti rendah , tidak lengkap dan tidak tepat. Sebagai contohnya, promosi yang agresif diseluruh dunia didalam pemasaran Rofecoxib yang telah ditarik balik dari pasaran pada tahun 2004. Rofecoxib ialiah sejenis ubat yang digunakan didalam rawatan arthritis (penyakit yang boleh menyebabkan kesakitan dan inflamasi pada sendi-sendi) telah gagal untuk menyatakan risiko masalah jantung yang mungkin berlaku akibat penggunaanya. Promosi yang tidak lengkap dan tidak tepat ini berterusan selama empat tahun walaupun ada bukti dari kajian yang meenunjukkan peningkatan didalam risiko masalah jantung. Satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan sebanyak 88,000 sehingga 139,000 penambahan didalam seranggan jantung dan kematian kerana masalah jantung yang mengejut kemungkinan disebabkan oleh ubat tersebut didalam tempoh lima tahun ia berada didalam pasaran.

Hubungan diantara pengamal perubatan dan syarikat farmaseutikal sememangnya boleh memberi kebaikan kepada rawatan, pendidikan dan kajian didalam bidang kesihatan. Namun begitu, hubungan ini mungkin boleh mengganggu proses membuat keputusan secara bebas dan professional oleh pengamal perubatan. Di Australia dilaporkan sebanyak 6.7 % doktor melambatkan penerbitan hasil kajian dan 5.1% doktor tidak menerbitkan hasil kajian yang memunyai keputusan yang negatif kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur komersial.

Adakah unsur-unsur komersial yang sering mempengaruhi pengamal perubatan ini tidak dikawal? Kajian dari WHO pada tahun 2004 menunjukkan 89 negara melaporkan mereka mengawal promosi farmaseutikal dinegara masing-masing. Bentuk kawalan yang diamalkan di kebanyakkan negara adalah melalui kawalan sendiri oleh syarikat farmaseutikal. Malaysia adalah contoh negara yang mengamalkan bentuk kawalan sedemikian (industry self-regulation underpinned by government legislation). Dinegara kita kod etika Persatuan Farmaseutikal Malaysia bagi ubat-ubatan terkawal (ubat yang boleh didispenkan melalui preskripsi oleh pengamal perubatan) mengawal aktiviti promosi dari syarikat-syarikat farmaseutikal .

Namun begitu keberkesanan kawalan tersebut masih dipersoalkan kerana tiada lagi kajian bebas yang dilakukan bagi membuktikan adakah ia dikuatkuasakan sepenuhnya. Bukti dari Kanada menunjukkan kawalan sebegini mempunyai kelemahan yang serius terutamanya didalam perkara-perkara utama seperti mekanisma untuk mengesan sebarang pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan dan juga tindakan yang dikenakan akibat pelanggaran tersebut.

Sebagai kesimpulannya, walaupun tiada bukti kajian yang menunjukkan kualiti informasi ubat-ubatan yang diterima oleh pengamal perubatan dinegara kita. Data dari seluruh dunia menunjukkan kualiti yang maklumat tersebut seringkali boleh diragui. Oleh kerana itu, permonitoran dan kajian bebas berkaitan isu ini adalah amat perlu dan penting bagi menyediakan maklumat terkini kepada kerajaan. Pengamal perubatan pula perlu berhati-hati menilai setiap maklumat ubat-ubatan yang diperolehi dari sumber komersial bagi memastikan mereka memperolehi maklumat yang terkini, tepat, seimbang dan menyokong penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti di negara kita.

 

  Healthy Skepticism on RSS   Healthy Skepticism on Facebook   Healthy Skepticism on Twitter

Please
Click to Register

(read more)

then
Click to Log in
for free access to more features of this website.

Forgot your username or password?

You are invited to
apply for membership
of Healthy Skepticism,
if you support our aims.

Pay a subscription

Support our work with a donation

Buy Healthy Skepticism T Shirts


If there is something you don't like, please tell us. If you like our work, please tell others.

Email a Friend