corner
Healthy Skepticism
Join us to help reduce harm from misleading health information.
Increase font size   Decrease font size   Print-friendly view   Print
Register Log in

Healthy Skepticism Library item: 14211

Warning: This library includes all items relevant to health product marketing that we are aware of regardless of quality. Often we do not agree with all or part of the contents.

 

Publication type: news

Othman N.
Iklan ubat-ubatan di jurnal perubatan - Informasi yang diragui? [Pharmaceutical advertisements in medical journals : poor quality of information?]
Dewan Kosmik 2008 Jul


Full text:

Promosi bagi sesuatu produk yang berada dipasaran memainkan peranan yang amat penting bagi memperkenalkan atau mengingatkan pengguna kepada produk yang ditawarkan. Pelbagai media seperti televisyen, radio, surat khabar dan majalah sering digunakan bagi tujuan promosi yang boleh melariskan dan meningkatkan penggunaan produk yang dijual. Media tersebut digunakan berterusan dari syarikat-syarikat pengeluar kerana ia terbukti boleh meningkatkan jualan produk- produk keluaran mereka.

Seperti juga promosi produk-produk lain, promosi ubat-ubatan adalah amat penting bagi syarikat-syarikat farmaseutikal bagi meningkatkan jualan produk keluaran mereka. Pelbagai teknik pemasaran digunakan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal bagi tujuan ini. Iklan-iklan di jurnal perubatan adalah diantara teknik yang sering digunakan bagi menarik perhatian professional kesihatan tentang kewujudan atau kelebihan produk-produk mereka. Dilaporkan dalam tempoh empat tahun pertama sesuatu ubat yang baru dipasarkan, syarikat farmaseutikal memperolehi keuntungan kira-kira US$2.43 bagi setiap dollar yang dibelanjakan bagi iklan-iklan di jurnal-jurnal perubatan. Pulangan ini meningkat kepada lebih US$4 selepas tempoh tersebut.

Walaupun iklan ubat-ubatan terbukti boleh meningkatkan keuntungan yang diperolehi syarikat-syarikat farmaseutikal, persoalan yang perlu difikirkan ialah adakah keuntungan ini memberi impak kepada penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti yang secara langsung mempengaruhi kesihatan pesakit. Bukti kajian menunjukkan doktor-doktor yang menggunakan sumber informasi bebas dari pengaruh syarikat-syarikat farmaseutikal mungkin mencadangkan ubat-ubatan yang lebih rasional dari doktor-doktor yang menggunakan iklan-iklan farmaseutikal di jurnal-jurnal perubatan sebagai salah satu sumber informasi ubat-ubatan mereka. Sebagai contohnya, pada tahun 1994, doktor-doktor di Belgium yang berpendapat bahawa informasi-informasi ubat-ubatan komersial adalah penting dan merupakan sumber maklumat ubat-ubatan bagi mereka didapati mencadangkan lebih banyak penggunaan benzodiazepines* berbanding dengan doktor-doktor yang kurang menggunakan sumber informasi ubat-ubatan yang ditaja oleh syarikat-syarikat komersial. Pesakit mungkin terdedah kepada kesan negatif jika ia tidak di preskripsikan secara rasional. *(Benzodiazepines adalah tergolong didalam kelas ubat-ubatan yang panggil penenang minor (minor tranquillisers ) yang boleh digunakan bagi merawat insomnia dan keresahan. Ia bertindak dengan memperlahankan mesej-mesej yang keluar atau masuk dari otak ke badan manusia. Kebiasaannya ia diberikan oleh doktor-doktor bagi penggunaan untuk tempoh yang singkat kerana pesakit boleh mengalami simptom dependen atau kebergantungan dimana pesakit mugkin memerlukan peningkatan dos bagi mendapat kesan yang yang sama seperti sebelumnya.)

Satu lagi contoh dimana iklan-iklan ubat-ubatan di jurnal-jurnal perubatan boleh meningkatkan penggunaan sesuatu ubat-ubatan tetapi pada masa yang sama meninggalkan persoalan tentang penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dapat dilihat didalam satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat. Kajian ini dilakukan bagi menentukan samada iklan dijurnal-jurnal perubatan boleh menyebabkan doktor untuk tidak sepenuhnya mengikuti garis panduan perubatan yang telah ditetapkan oleh badan professional di Amerika Syarikat dalam merawat masalah darah tinggi. Dalam kajian ini pengkaji mendapati semakin banyak iklan-iklan dijurnal perubatan, semakin meningkatnya penggunaan ubat yang yang tidak disarankan oleh panduan rawatan darah tinggi.

Diperingkat antarabangsa, pelbagai bentuk kawalan telah diadakan bagi mengawal kualiti informasi didalam promosi ubat-ubatan. Pada tahun 1998, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah memperkenalkan panduan bagi promosi ubat-ubatan. Panduan ini memberi garis panduan umum bagi promosi ubat-ubatan beretika yang boleh diadaptasikan oleh negara-negara yang ingin mengawal promosi ubat-ubatan di negara mereka. Disamping itu Persatuan Pengeluar Farmaseutikal Antarbangsa (IFPMA) juga memperkenalkan panduan bagi syarikat-syarikat farmaseutikal bagi memastikan promosi yang berkualiti dipraktik dalam promosi ubat-ubatan. Panduan-panduan tersebut ada menyediakan cadangan berkait dengan jenis dan kualiti informasi yang sepatunya disediakan di dalam iklan-iklan di dalam jurnal-jurnal perubatan.

Walaupun terdapat kawalan dan garis panduan pengiklanan ubat-ubatan di jurnal perubatan, bukti dari kajian di seluruh dunia menunjukkan kualiti informasi ubat-ubatan yang disediakan selalunya adalah rendah. Para pengkaji telah menjalankan kajian dengan melihat dari pelbagai aspek dan menggunakan pelbagai metodologi bagi menilai kualiti informasi yang disampaikan.

Pelbagai indikator telah digunakan dalam menilai kualiti informasi yang disediakan di dalam iklan-iklan yang disediakan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal. Sesetengah pengkaji meneliti kualiti dakwaan yang terdapat di dalam iklan-iklan tersebut. Pada tahun 2004, sekumpulan pengkaji telah meneliti dakwaan yang terdapat didalam 245 iklan yang diterbitkan di dalam empat jurnal perubatan yang diterbitkan di Finland. Mereka mendapati hampir 98% dakwaan yang terdapat di dalam iklan ubat-ubatan tersebut adalah tidak disokong oleh bukti kajian yang berkualiti tinggi (meta-analysis/systematic reviews).Fenomena yang sama juga dilihat di dalam hasil kajian yang dilakukan di Australia pada tahun 2002.

Sementara itu sekumpulan pengkaji di Sepanyol pula pada tahun 2003 telah menyelidik iklan-iklan ubat-ubatan yang diterbitkan didalam enam jurnal perubatan Sepanyol. Mereka mendapati, 44.1% dakwaan yang terdapat didalam iklan-iklan adalah tidak tepat. Pengkaji mendapati ada syarikat pengeluar mendakwa ubat yang dipromosikan adalah sesuai digunakan bagi merawat masalah kesihatan didalam sesuatu golongan pesakit yang tidak dikaji didalam rujukkan yang digunakan bagi mengesahkan dakwaan tersebut.

Secara umumnya, pertubuhan kesihatan sedunia turut mencadangkan maklumat minimum mengenai ubat-ubatan yang perlu disediakan di dalam iklan di jurnal-jurnal perubatan. Ada pengkaji-pengkaji yang menilai aspek ini sebagai indikator kepada kualiti informasi yang disediakan di dalam iklan ubat-ubatan. Pada tahun 1993, satu kumpulan pengkaji telah menilai 6710 iklan ubat-ubatan yang diterbitkan di 23 jurnal perubatan di 18 buah negara. Mereka mendapati iklan ubat-ubatan biasanya tidak menyediakan maklumat –maklumat asas mengenai ubat-ubatan seperti yang dicadangkan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia. Sebagai contohnya, hampir 40-50 % iklan tidak menyediakan maklumat mengenai kesan sampingan dan langkah berjaga-jaga di dalam pengunaan sesuatu ubat-ubatan. Syarikat farmaseutikal lebih cenderung untuk menyediakan maklumat seperti indikasi yang boleh meningkatkan lagi penggunaan ubat-ubatan yang dipasarkan oleh mereka. Sedekad selepas kajian tersebut dijalankan, tiga kajian telah dijalankan di Brazil, Russia dan India menunjukkan masalah ini masih berterusan.

Pada tahun 1994, sekumpulan pengkaji di Kanada menilai metodologi kajian saintifik yang digunakan sebagai rujukan bagi menyokong dakwaan yang terdapat didalam iklan-iklan perubatan. Mereka mendapati sebahagian besar dari 114 kajian saintifik yang digunakan di dalam 22 iklan ubat-ubatan di jurnal perubatan di Kanada adalah menggunakan metodologi yang rendah. Manakala di Sepanyol, pengkaji mendapati 44.1% rujukan yang digunakan bagi menyokong dakwaan di dalam iklan ubat-ubatan adalah tidak relevan dengan dakwaan yang diberikan.

Iklan ubat-ubatan sering juga menggunakan graf bagi mengukuhkan dakwaan yang dibuat. Oleh kerana itu, sebilangan pengkaji telah menilai graf-graf yang di sediakan di dalam iklan tersebut sebagai indikator bagi kualiti informasi yang disediakan. Dalam satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, 8% graf didalam iklan didapati mengandungi kesilapan, 5% adalah mengelirukan dan 12% didapati menggunakan teknik melakar graf yang tidak tepat.

Kajian- kajian yang telah dilakukan diseluruh dunia menunjukan kualiti informasi yang disediakan di dalam iklan ubat-ubatan di dalam jurnal-jurnal perubatan adalah selalunya rendah. Tiada sebarang kesimpulan dapat dibuat mengenai kualiti informasi di dalam iklan-iklan ubat-ubatan didalam jurnal-jurnal perubatan di negara kita kerana sehingga kini tiada lagi sebarang kajian pernah dilakukan.Namun begitu, para professional kesihatan perlulah berhati-hati dalam menilai semua maklumat yang disediakan di dalam sumber komersial bagi memastikan maklumat ubat-ubatan yang diperolehi adalah tepat, tidak bias dan berkualiti tinggi.

Noordin Othman,
Quality Use of Medicines and Pharmacy
Practice Research Centre,
University of South Australia,
Adelaide SA 5000.
Tel: 08 83022815
Fax: 08 83021087

 

  Healthy Skepticism on RSS   Healthy Skepticism on Facebook   Healthy Skepticism on Twitter

Please
Click to Register

(read more)

then
Click to Log in
for free access to more features of this website.

Forgot your username or password?

You are invited to
apply for membership
of Healthy Skepticism,
if you support our aims.

Pay a subscription

Support our work with a donation

Buy Healthy Skepticism T Shirts


If there is something you don't like, please tell us. If you like our work, please tell others.

Email a Friend








...to influence multinational corporations effectively, the efforts of governments will have to be complemented by others, notably the many voluntary organisations that have shown they can effectively represent society’s public-health interests…
A small group known as Healthy Skepticism; formerly the Medical Lobby for Appropriate Marketing) has consistently and insistently drawn the attention of producers to promotional malpractice, calling for (and often securing) correction. These organisations [Healthy Skepticism, Médecins Sans Frontières and Health Action International] are small, but they are capable; they bear malice towards no one, and they are inscrutably honest. If industry is indeed persuaded to face up to its social responsibilities in the coming years it may well be because of these associations and others like them.
- Dukes MN. Accountability of the pharmaceutical industry. Lancet. 2002 Nov 23; 360(9346)1682-4.